Wednesday, March 11, 2009

ULAR TAPAK TOKONG

Nama Saintifik:
Trimeresurus wagleri

Klasifikasi:
Order : Squamata
Keluarga : Viperidae

Huraian:

Ular Kapak Tokong betina dewasa mempunyai kepala yang besar dan berwarna hijau, firus atau hitam dengan jalur kuning, hijau muda dan bintik hitam. Sesetengah ular jantan dewasa dan juga anak ular berwarna hijau terang. Jalur berwarna perang yang terdapat di mata ular adalah untuk penyamaran.

Taburan:
Thailand, Indonesia, Malaysia, dan Filipina.

Habitat:
Kawasan tanah rendah, tanah hutan, paya bakau.

RUSA UBI

Nama Saintifik:
Cervus unicolor Klasifikasi:
Order : Artiodactyla
Keluarga : CervidaeHuraian:

Terdapat 6 sub-spesis yang berbeza dari segi saiz dan warna. Bulunya parau dan panjang. Hanya rusa jantan mempunyai tanduk yang biasanya ada tiga cabang pada kedua-dua belah dan boleh mencapai panjang 1 meter (3.3 kaki). Panjang dari kepala ke hujung badan adalah dari 1.7-2.7 meter (5.7-9 kaki); beratnya 150-315 kilogram (340-710 paun).Kelakuan:Makanan utamanya adalah rumput, daun, dan buah-buahan pokok hutan. Rusa Ubi sukar ditemui walaupun di tempat ia berkeliaran. Ia akan terus melarikan diri apabila terdengar apa-apa bunyi sahaja. Jika diserang oleh harimau, harimau bintang atau anjing liar, ia akan terus terjun ke sungai dan berenang melarikan diri. Ia hidup bersendirian kecuali di musim mengawan. Pada musim mengawan, rusa jantan akan mengumpul sekumpulan rusa betina jagaannya dan mempertahankan kumpulannya dari sebarang lawan (rusa jantan lain). Di tengah dan Selatan India, rusa betina melahirkan anak pada bulan Mei dan awal bulan Jun tetapi pembiakan boleh berlaku pada bulan lain di kawasan India yang lain. Selepas 8 bulan bunting, satu (jarang dua) anak rusa akan dilahirkan dan disusu selama beberapa bulan.

Taburan:
India, Indonesia, Asia Tenggara.
Habitat:

Hutan Tropika Panas dan Hutan Sub-tropika, sehingga altitud setinggi 10,000 kaki


SELADANG


Nama Saintifik:
Bos gaurus hubbacki

Klasifikasi:
Order : Artiodactyla
Keluarga : Bovidae

Huraian:
Seladang jantan yang matang boleh membesar dan mencapai ketinggian 6 kaki dan berat sehingga 900 kilogram. Jangka masa bunting/ mengandung adalah 9 bulan dan biasanya seekor anak dilahirkan. Anaknya mencapai tempoh matang dalam masa 3 tahun dan ia boleh hidup selama 25 tahun.

Kelakuan:
Ia hidup di dalam kumpulan 4-8 ekor yang boleh mencapai sehingga 30 ekor. Kumpulan ini diketuai oleh jantan yang berkuasa. Mereka lebih aktif ketika subuh dan senja serta berehat di bawah pokok sepanjang hari. Makanan utama mereka adalah rumput-rumpai, maka mereka dapat ditemui di kawasan di mana rumput, herba, pokok renek dan daun-daun mudah diperolehi.

Sekeluarga dengan:
Lembu, Banteng dan Kambing Gurun.

Habitat:Hutan Tropika dan Tanah Berhutan

GAJAH MALAYA





Nama Saintifik:
Elephas maximus

Klasifikasi:
Order : Proboscidea
Keluarga : Elephantidae

Huraian:
Sub-spesies yang didapati di Malaysia ialah Elephas maximus hirsutus. Jangka masa mengandung adalah di antara 20-22 bulan dan jangka hayat hidupnya adalah dari 60 hingga 80 tahun.

Kelakuan:
Gajah betina dan anaknya hidup dalam kumpulan kecil manakala gajah jantan lebih suka hidup bersendirian. Gajah biasanya berehat ketika cuaca panas. Setiap kumpulan mempunyai kawasan mereka tersendiri untuk mencari makanan. Mereka suka berenang dan mandi di sungai.

Habitat:
Hutan dara dan hutan sekunder.

Sekeluarga dengan:
Gajah Afrika

Makanan:
Daun, rumput dan buah-buahan.

MERAK HIJAU




Nama Saintifik:
Pavo muticu

Klasifikasi:
Order :Galliformes
Keluarga : Phasianidae

Huraian:
Seekor burung yang cantik dan memikat. Ia boleh berdiri lebih tegak daripada Merak Biru India. Mempunyai bulu pelepah yang berwarna kehijauan diikuti dengan warna kehitaman di hujungnya. Dengan ini Merak Hijau kelihatan seakan-akan bersisik. Jambul spesis ini berdiri hampir tegak berbanding dengan jambul lebar Merak Biru India. Di bahagian bawah matanya, berwarna biru dan kuning, sementara seluruh bulu pelepah dan lehernya berwarna hijau kebiruan. Bahagian terselindung pada kepaknya pula berwarna hijau tua dan biru serta bulu pelepah kepaknya berwarna keperangan. Ekornya menyerupai Merak Biru India tetapi lebih gelap di bahagian bawah dan berwarna emas berkilauan di bahagian hujung.

Di antara subspesis, terdapat sedikit variasi di mana bagi muticus, ia mempunyai warna hijau terang berbanding subspesis yang lain. Ia juga mempunyai jambul berwarna biru pelangi dan kepak berwarna hijau.

Subspesis spificer pula berwarna pudar and lebih biru daripada muticus dan imperator manakala imperator adalah hampir serupa dengan muticus. Namun begitu, ia boleh dibezakan dari warna gelap di sayap, abdomen dan warna muka yang cerah.

Taburan:
Asia Tenggara

Habitat:
Hutan dan tanah semak-samun

Pembiakan:
Ia mengeram 4-6 biji telur dan jangka masa penetasan ialah 26-28 hari.

Makanan:
Bijiran, kacang, buah-buahan dan sebagainya.

ORANG UTAN














Nama Saintifik:Pongo pygmaeus
Klasifikasi:
Order:Primates
Keluarga : Pongidae
Huraian:Orang Utan tidak mempunyai ekor tetapi mempunyai telinga dan hidung yang kecil. Bulunya panjang, lembut dan berwarna keperangan. Bulu keningnya tidak begitu mudah dilihat manakala tulang mulut dan dagunya menonjol keluar. Kepalanya pula berbentuk bujur dan matanya bersaiz kecil. Ia mempunyai lengan yang panjang dan kuat.

Bagi Orang Utan jantan, purata ukuran panjang kepala dan badan adalah lebih kurang 96cm (38.4 inci) ketinggian 137cm (54.8 inci) dan berat 75kg (165 lbs). Purata ketinggian Orang Utan betina adalah 80 - 85% daripada Orang Utan jantan dan beratnya adalah 50% lebih ringan.

Kelakuan:Orang Utan hidup dengan memakan buah-buahan, terutamanya buah pokok ara serta daun-daun, kulit kayu, pucuk dan bunga. Ia sentiasa hidup di atas pokok dan jarang turun ke tanah. Ia hidup bersendirian di mana hanya ibu dan anak saja yang mempunyai hubungan yang kekal. Orang Utan jantan hidup bersendirian dan hanya akan berduaan dengan Orang Utan betina pada musim mengawan. Pergaduhan jarang berlaku di antara Orang Utan jantan dan mereka jarang memonopoli kawasan kawalan. Jangka masa mengandung adalah dari 233-263 hari dan anaknya akan disusu selama beberapa tahun.

Taburan:Borneo dan Sumatra

Habitat:Hutan Tropika

HAIWAN PELIHARAAN


















Apakah maksud haiwan peliharaan?
Haiwan kesayangan secara umumnya bermaksud haiwan kecil seperti kucing, arnab dan anjing yang dipelihara sebagai pet ( peliharaan).Namun dewasa ini, terma haiwan kesayangan merangkumi haiwan - haiwan yang dipelihara di rumah seperti iguana, kura - kura,ular , katak , kala jengking, hamster, tikus dan lain - lain lagi.
Haiwan kesayangan secara amnya dipelihara sebagai teman kepada manusia.Bagi haiwan seperti anjing , ia juga dipelihara atas tujuan mengawal keselamatan rumah atau premis pemiliknya. Terdapat juga haiwan kesayangan yang dipelihara untuk pertunjukkan yang lazimnya merujuk kepada pemeliharaan anjing dan kucing. Adalah dipercayai pemeliharaan haiwan kesayangan juga merupakan satu bentuk terapi sosial dan psikologi untuk manusia menghilangkan kesunyian, mengurangkan stress dan mengubat kesedihan.




COKLAT ADALAH MANIS TETAPI BOLEH MEMBUNUH HAIWAN PELIHARAAN ANDA COKLAT dan koko mengandungi methylxanthin, theobromin dan kafein yang menjadi racun kalau diberikan secara berlebihan kepada haiwan peliharaan. Yang paling merbahaya ialah ''baking chocolate'' yang mengandungi tujuh hingga sepuluh kali theobromin daripada coklat susu biasa.
Anjing lebih berkemungkinan untuk diracuni kerana memakan coklat kalau berbanding dengan kucing. Ini mungkin kerana anjing lebih suka rasa manis coklat dan kucing lebih cerewet tentang
pemakanan mereka kalau dibandingkan daripada anjing. Hanya sedikit coklat pun boleh memberi kesan sampingan. Kesan-kesan ini termasuk stimulasi kepada sistem saraf, kadar denyutan jantung yang cepat, kelemahan, muntah dan cirit-birit, ketidakamanan, denyutan jantung yang tidak terkawal, terlalu aktif dan berkencing dengan lebih kerap. Tanda-tanda ini muncul selepas 4 hingga 5 jam selepas pencernaaan. Tanda-tanda yang lebih serius ialah kejutan badan, sawan dan kematian. Tanda klinikal mungkin tidak muncul selepas beberapa jam selepas pencernaan dan pemulihan selengkapnya selepas perubatan mungkin akan mengambil masa beberapa hari.Kajian keracunan menunjukkan bahawa berbanding dengan haiwan lain, anjing lebih sensitif kepada theobromin. Ini adalah kerana mereka mempunyai kadar metabolik yang rendah dan ini menyebabkan theobromin berada dalam saluran darah untuk jangka masa yang lebih panjang. Selepas satu dos, tempoh masa hidup seekor anjing yang dewasa ialah 17 jam kalau dibandingkan dengan 6 jam masa hidup seorang manusia. Ini mungkin juga berlaku kalau berlaku kepada kucing.Kalau diberikan peluang, kebanyakan haiwan peliharaan lebih berkemungkinan untuk makan coklat secara berlebihan. Untuk sebab ini, semua makanan yang mengandungi coklat harus disimpan di tempat yang tidak dapat dicapai oleh haiwan peliharaan mereka. Sekiranya haiwan peliharaan mereka termakan coklat secara tidak sengaja, maka mereka mesti membawa haiwan mereka untuk dirawat oleh doktor haiwan.